Persahabatan Sejati
Thursday, 26 January 2012 @ 20:44 | 0 Comment [s]
Persahabatan paling ikhlas adalah berdasarkan keimanan , akhlak , prinsip yang kukuh saling menghargai , berlapang dada , kejujuran , kesetian dan ketakwaan . Nilai suatu persahabatn diukur pada ketulusan hati dan bersedia berkorban demi sahabatnya . Sahabat yang baik adalah mereka yang boleh berkongsi tawa dan air mata . Untuk mencari teman sewaktu senang , sihat dan berharta sememangnya memang mudah . Umpama mentari yang bersinar garang maka lahirlah bayang - bayang dibawahnya . Namun apabila telah tenggelam , bayang - bayang trsebut telah sirna dan mnhilang . Kemeriahan gelak ketawa yang selama ini dikecapi sewaktu memiliki segala - galanya rupanya telah hilang tatkala terbaring di kasur kedaifan dan kemiskinan . Tiada lagi mereka yang ingin berkongsi duka dan air mata . Persahabatan yang ada sering didasari sebab - sebab tertentu seperti bagi mendapatkan projek atau keuntungaan dalam perniagaan . Inilah realiti sebenar yang boleh ditatapi dalam drama kehidupan manusia di atas muka bumi ini . Sukarnya mencari sahabat yang sejati . Payahnya untuk memiliki sahabat yang sanggup bersusah demi kesenangan temannya . Sewaktu perhubungann di alam maya semakin mudah rupanya jarak hati semakin merenggang . Ketika lebuh raya semakin melancarkan perjalanan malangnya laluan jiwa semakin menyempit . SIAPAKAH SAHABAT SEJATI BAGI DIRIKU ? Carilah sahabat yang berakal . kerana bertemankan orang yang bodoh akan membawa kesengsaran. " musuh yang bijak lebih baik daripada sahabat yang bodoh ", demikianlah ungkapan hikmah yang benar maksudnya . Carilah sahabat yang membantu , bukan yang membuntu . Temuilah sahabt sejati yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda meluahkan perasaan dari lubuk hati yang paling dalam . Dia menyokong anda ketika tegak berjuang , menegur dengan hikmah dan lemah lembut sewaktu anda terkhilaf . Dia jugalah yang tidak menunding jari menyalahkan anda sewaktu tersungkur di telapak kegagalan . Dia ialah pendorong dan pemberi semangat bagi menyuburkan pootensi diri anda . Bahkan yang sangt menakjubkan , dia akn meraihkan kejayaan anda seperti kejayaan yang diraihnya dan berlutut simpati dan empati ketika kedukaan menakluki diri anda ! Tanyalah hati dan renungkanlah : " Sudahkah aku memiliki ciri yang selayaknya untuk digelar sahabat sejati dan siapakah sahabat sejati yang sebenranya bagi diriku pada hari ini ? " - renung - renungkan dan selamat beramal ^_^
|
![]() ![]() |